Saya belum pasti spesifikasi server yang sesuai. Bolehkah anda membantu?
Boleh. Proposal kami mengandungi beberapa pakej spesifikasi bertingkat beserta penerangan kegunaan setiap satu, supaya anda dapat memilih mengikut bajet.
Adakah dokumentasi rangkaian disediakan?
Ya. Semasa serahan, kami menyerahkan senarai peralatan, susun atur rangkaian dan label bagi setiap titik kabel.
Adakah lawatan tapak dikenakan bayaran?
Lawatan tapak dan sebut harga di sekitar Lembah Klang adalah percuma. Bagi lokasi yang jauh, kos perjalanan akan dimaklumkan lebih awal.
Berapa lama untuk menerima sebut harga?
Selepas lawatan tapak, proposal bertulis lazimnya siap dalam beberapa hari bekerja, bergantung kepada saiz projek dan sebut harga pembekal.
Bolehkah projek dilaksanakan secara berperingkat?
Boleh. Kami menyediakan pakej rintis atau fasa pertama yang sesuai dengan bajet semasa, berserta pelan untuk penambahan kemudian.
Bagaimanakah terma bayaran?
Bayaran dibuat secara berperingkat mengikut kemajuan kerja, dan terma tersebut dinyatakan dengan jelas dalam proposal sebelum anda bersetuju.